Video Pasif Affiliate

Tuesday, September 29, 2015

5 Teknik Panduan Cara Pemasaran atau Promosi Produk Affiliate

Pemasaran affiliate mempunyai pelbagai teknik dan cara ,panduan free pun ada cuma anda kena rajin google dan catat serta amalkan setiap panduan yang diberi.Orang kata ada ilmu tapi kalau tak di amalkan pun tak jadi jugak ,kan ? . Macam parang,kita ada ilmu asah parang ,tapi kita tak asah pun parang tu,sampai bila pun dia tak tajam ,hehe .Jadi dalam mencari ilmu,perlaksanaan juga penting ,baru lah dia seimbang .Nak tau ? JOM BACA .

Saturday, September 26, 2015

Rahsia Jana Pendapatan Online


Assalamualaikum dan selamat pagi .Kali ini saya ingin membicarakan berkenaan rahsia Jana Pendapatan Online .Apakah rahsia sebenar menjana pendapatan secara online ? Jika anda tengok pada tajuk blog ini tentu anda tertanya-tanya,tentu ada rahsia yang mampu membuatkan kita berjaya atau kaya dalam menjana pendapatan secara online ini .Jom baca seterusnya.

Friday, September 25, 2015

Jenis Perniagaan Online


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Berapa ramai antara kita yang berminat untuk berniaga ? Tentu anda tercari-cari apakah peluang perniagaan yang dapat dilakukan secara online .Mungkin juga anda dah biasa dengar tentang jenis-jenis perniagaan online .Namun jarang sekali sesiapa melihatnya dari sudut berbeza. Ini kerana rata-rata hanya digambarkan dari sudut produk dan bukan sikap kita dalam mengendalikan sesuatu perniagaan.

Berikut adalah jenis perniagaan online yang saya rasaka cukup Popular :

Thursday, September 24, 2015

EBOOK 14 RAHSIA AFFILIATE

Assalamualaikum semua..Apa khabar hari ini ? Ok tanpa buang masa di sini saya ingin share sebuah ebook iaitu 14 RAHSIA AFFILIATE. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia Affiliate,atau masih mencari rentak dalam dunia affiliate boleh download ebook ini. Oh ya ,link download ini saya akan buka selama 5 hari saja bermula hari ini 25.9.2015 sehingga 29.9.2015. Selepas itu link ini akan ditutup.


Jadi bagi anda yang membaca blog ini boleh download segera dan ambil manfaat dari isi kandungan ebook ini untuk di amalkan ...Sekian jumpa lagi..
.
.
.
.
 Untuk download sila KLIK SINI

Kisah Suami Rm3000


Kisah seorang suami berpendapatan RM3000 di Zaman Sekarang.
*TERKINI, Mei 2015

25/26hb…Suami dapat gaji bersih RM3000
Terus buat internet banking bayar :
– bil air – 0 (dok Selangor, air Free)
– duit rumah – RM600
– duit kereta – RM200
– bil elektrik – RM80 (tak pakai aircond)
– bil internet – RM117
– ansuran motor kapcai- RM150
– perbelanjaan sekolah anak – RM150
– duit belanja anak – RM150

Jumlah keseluruhan – RM1447


Tuesday, September 22, 2015

Kuasa Fokus


Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan sekalian .Hari ni saya nak kongsi cerita sikit pasal FOKUS . Ramai orang yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan,tapi ramai juga yang tidak betul-betul fokus  .

 Dalam perniagaan, paling penting ialah kuasa FOKUS...Fokus pada sesuatu matlamat dahulu sehingga kita mencapai sasaran baru beralih ke matlamat yg baru... Saya lihat ramai yang gagal kerana tak fokus pada sesuatu..Akhirnya perasaan putus asa mula menguasai diri...

 OK ,macam mana kita nak fokus ek ??

1 ) Tetapkan MATLAMAT.
2)  Buat bisnes ikut MINAT dan KEPAKARAN anda!
3)  Jangan terikut-ikut orang.
4)  Bila dah mulakan sesuatu, BUAT SAMPAI JADI.
5)  Jangan cepat melatah. Ada problems, FOKUS pada solusi.

Bila kita da habis usaha,da habis cara kita gunakan,barulah kita fikir tukar kepada solusi atau bisnes lain .Selagi ada daya kita cuba dulu FOKUS pada apa yang kita lakukan .

Kalau saya nak LOMPAT jugak ?? 

BOLEH takda masalah ,tapi pastikan anda da betul-betul berjaya dalam bisnes yang anda lakukan baru anda pergi kepada next bisnes .

Semoga bermanfaat ,jumpe lagi .

5 Kemahiran Belajar Untuk Berjaya





Assalamualaikum apa khabar semua ,ok di sini saya nak kongsikan 5 kemahian belajar yang diperlukan untuk berjaya 

 
(1) Belajar tanpa meletakkan darjat. 
 
Walaupun kita sudah mempunyai kemahiran atau ilmu yang dalam ,apabila masuk ke mana-mana kelas,atau kursus,sebolehnya kita letak dulu ilmu yang kita ada di bawah .Masuk dalam keadaan seperti gelas kosong orang kata .
 
 
(2) Melakukan sekecil-kecil amal selepas belajar. 
 
Bila anda da dapat ilmu dalam sesuatu kelas ataupun kursus maka anda boleh cuba amalkan walaupun sedikit. Dan lakukan juga amal kebaikan walaupun ia hanya kecil,kerana orang berjaya itu mereka memberi nilai ke dalam kehidupan orag lain-saling membantu .



(3) Bertanya jika perlu, ketepikan rasa malu.
 
Nak berjaya kita memang kena tepikan perasaan malu,malu bertanya,malu bercakap,sebab bila ada perasaan malu ni ,susah kita nak melangkah ke arah kejayaan ,ia seperti pagar,kita boleh melepasi pagar,tapi rumit dan makan masa.Jadi ketepikan malu jika anda ingin menjadi orang BERJAYA .


(4) Berniaga merupakan latihan akhlak yang tinggi.
 
 Apabila kita berniaga, kita melatih diri untuk bercakap benar, memberi yang terbaik, berkongsi rezeki dan pelbagai lagi. Ia membantu membina akhlak sebagai seorang Muslim.
 
(5) Tak perlu peduli dengan apa yang orang kata ,yang penting apa yang kita buat memberi nilai kebaikan kepada orang lain  
 
Orang yang berjaya tidak mendengar pandangan negatif dari orang lain yang bertujuan ingin menjatuhkan .Bila kita sentiasa mengikut kata-kata orang yang bersifat negatif maka percayalah ,sukar untuk kita melangkah jauh menuju kejayaan ....
Ok setakat ni saja perkongsian dari saya,harap anda mendapat sedikit manfaat dari perkongsian ini .Sekian ...